Tuesday, July 29, 2008

Corrupted

Komputer aku kena serang virus. Sebab pagi tadi ada networking problem, so antivirus tak dapat di update. Kesannya semua fail aku dah corrupted. Semua yang aku buat dua minggu ke belakang ni dan juga current file yang tengah active sumer habis.....seluruh system hancusss, kena format balik. Ya Allah, sabarkanlah hati aku.
Pagi lepas kena bambu sikit2, meeting sampai jam 1.30 petang. Kemudiannya menumpang komputer orang lain, aku buat balik segala surat menyurat, konsep paper dan semua yang dah hilang especially preparation untuk seminar 12hb ni. Aku kena buat balik semua.........
Kepala otak dok memikir assignment tak siap. Malam ni nasib baik tak jadi buat discussion. Aku sebenarnya dah lembik. Jatuh betul motivasi aku dek demam nih. Janganlah aku fail semester ni. Dan aku tak nak extend semester. Aku nak grad tahun depan. Ye Tiny???

Monday, July 28, 2008

Blank II

Masih blank. Demam pun tak kebah lagi. Rasanya hari ni paling teruk.
Tapi aku kerja macam tak de apa-apa berlaku. Hari ni semua urusan berkaitan seminar 12hb ni selesai. Kerana mengejar dateline aku sampai mengabaikan tubuh badan sendiri. Hati mengeluh jugalah.
What is life? Apa yang aku kejar sebenarnya? Takkan sampai umur 56 tahun aku nak mengadap tekanan serupa ini. Sampai bila aku sanggup? Habis? Nak duduk rumah goyang kaki? Bil-bil semua sapa nak settle? Hish.....
Teringat mak dan ayah. Terubat sedikit hati. Ayah, dalam sakit masih bekerja, berpanas berhujan tengah bendang, meredah ladang demi sesuap nasi. Supaya kami dapat hidup dan berjaya seperti hari ini. Mak, saat sarat masih ke bendang membanting tulang membantu ayah. Aku? Memerah otak dalam bilik berpenghawa dingin ini, apalah sangat.
Hidup tak pernah mudah untuk kita semua, tapi kitalah yang harus berfikir bahawa hidup ini tidaklah sesukar mana kalau dibuat perbandingan (kembali mengingati lirik lagu merenung bulan)
You are lucky kak long!

Sunday, July 27, 2008

Blank

Masih dalam mood "blank"

Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Esok Isnin dah kerja. bermula minggu yang baru.

Tapi aku masih "blank"

Fever belum berakhir. Seluruh anggota rasa tak larat tapi masih semua nak buat.

Pagi tadi, seawal selepas subuh aku mengerjakan habuk-habuk dan juga mengemas mana yang patut rumah tujuh bilik itu. Dan tengaharinya menolong emak memasak gulai maman di serambi. Berair mata aku kena asap dapur kayu.

Fuh...nasib tak bawak balik laptop. Kalau tak harus meraung aku. Tengah "blank" ni tak payah la mengadap assignment. Sia-sia jer!

Friday, July 25, 2008

Mencari Jalan Pulang II

Semalam aku dan tiny dah plan nak pegi swimming. Tapi bila kami sampai je, water is under treatment. Alahai frust lagi. So kami pun duduklah kat kerusi rehat di situ, melunjur kaki sambil menikmati malam yang dingin dan berangin. Enjoy mendengar bunyi deruan air pancut dan bersembang-sembang.
Aku rasa aku ni dah terlalu lama hanyut sorang-sorang. Maksud aku aku berfikir dalam lingkungan pemikiran aku sendiri sahaja. Sekurang-kurangnya bila dah pandai berkawan ni aku adalah tempat nak isi masa senggang / boring aku dan juga berkongsi tentang kehidupan ini.
Balik je rumah, aku letih dan terus masuk tidur. Dan pagi ni rasa tak de mood nak pegi kerja. Hairan jugak sebab aku selalunya teruja pasal kerja nih. Dalam dok memandu ke pejabat tu aku berfikir ke mana aku dalam 10 tahun lagi? Sebab bila kawan aku sorang ni kata " pasti ada hikmahnya..........." So aku cuba memikirkan hikmah tersebut walaupun aku tak nampak apa-apa buat masa sekarang. Jadinya yang terbaik aku patut lakukan ialah menjadi diri aku yang sebenar, redha dan berusaha. Dalam masa yang sama aku perlu mengukuhkan jati diri kerana aku tahu yang diri aku ni sangat mudah goyang. Aku mahu berikan yang terbaik untuk kanda, mak, ayah, adik-adik dan juga anak-anak tiri aku. Mudah-mudahan aku kuat, tabah dan diberi kebahagiaan dan ketenangan selalu. Doakanlah ye.......

Wednesday, July 23, 2008

Adehhhh...

Dah jam 4.50 petang. Aku dah penat sangat la. Tulang belikat aku dah berdenyut sebab dok menaip banyak sgt hari ni. All reports yang aku target nak siapkan hari ni, sumer dah siap. Sampai tak makan tghari. Pulun giler...sambil tu sempat gak layan YM sikit2. Online dgn abg wafa, nora dan ms. Yela selingankan??.
So, blogging time, hehe. Sambil layan lagu dari soundtrack ayat2 cinta. Menusuk kalbu betul la. Hari ni aku nak balik awal. Tepat jam 5.00 ptg aku nak cabut. Nak gi early dinner dengan kanda (tak masak la tuh). Semalam patut aku balik awal gak tapi jam 4.30 petang boss aku panggil. Pot pet pot pet, jam 5.45 baru kuar dari bilik dia. Penat aku dengar, tulis dan respon. Macam kena pop quiz plak. Pastu dia cakap, oklah dah banyak dah tu. Ha! tau pun dah banyak benda dia soh aku buat. (Hehe tapi biasa la pekerja yang bagus memang selalu kena buat keje lebihkan? Pasal bos percaya - bukan takbur kata aku bagus ok, inilah hakikat budaya keje kat sini). Yeke? Apa kat luar negara tak amalkan budaya camni ker? Org yg bagus keje dia banyak tu je ke? Ni kawan aku la kata, sebab dia dok obesea lama. Komen2! Ha abg wafa kata baca entry saye hari2, dah 10 tahun dok obesea, sila la jawab untuk pengesahan?
Nak tau apa kesan perjumpaan tu kat aku. Sepanjang balik aku sambil2 drive tu dok recall balik apa bos aku pesan, takut esok terlupa, sebab tak dapat catat semua. Malam plak time aku nak pejam je mata, tup! muka dia terpampang. Cisss ini sudah melampau. Aku bukak mata dan pejam semula. Sekali lagi muka dia terpampang. Masuk ketiga kali aku wirid sampai terlena. Dasyat influance amoi ni terhadap orang yang over commited cam aku nih.........hehe....
Kanda pun selalu komen, dia kata aku ni antara passion dengan fizikal fitness tak balance. Semua nak buat, semua nak cepat2. Nak result hebat2. Tapi badan lembek...tak fit. Kejap migrain, kejap gastrik........ Dulu2 masa kecik tak cukup vitamin ke apa?. Aku kata yela, kami adik beradik memang tak cukup vitamin. Makan ikan kering, ikan masin. Susu pun tak minum. Harap susu tepung bantuan klinik desa. Tu pun berebutla kan. Adik-beradik aku ramai. Nasib tuhan bagi kami cerdik sikit. Lepaslah sekolah semuanya. Alhamdulillah.
So menyahut cabaran untuk memfitnesskan fizikal aku ni. Aku dah daftar gym membership. Semalam jam 6.00 ptg aku pun pegilah gym, first time instructor ajarla guna instrument kat situ. Pehhh ponat eden. Somput. Lama tak exersice. Skg ni berat aku 61 kg, tinggi 152 cm. Kira bukan berat ideal la. So aku target nak turunkan dlm 5 kg dalam tempoh 6 bulan ni. Caya tak? Alah cayalah................
Kelebihan bila buat exersice ni kita berpeluh, so susah nak kena demam. Angin pun akan keluar, jadi susah nak kena migrain atau gastrik. Dan stress pun kurang. Petang ni ada ballroom dance jam 6.00 ptg, tapi aku tak pegilah. Mana boleh pegi hari2. Kang rosak plak badan. Satu yang best kat gym ni membership dia ramai pompuan...penuh org pompuan. Lelaki ada la tapi tak ramai. Pastu yang aku suka kat bilik persalinan dia ada steam bath dan sauna. Boleh lepak beramai-ramai kat dalam tu sambil bergosip. Taklah....aku tido je dalam tu. Pastu ada tempat solat lagi kat situ. Selesalah...and veri convinien.
Oklah, ni dah terlebih ni, dah jam 5.20 petang. Oklah aku nak balik dah. Daaaaaa


Tuesday, July 22, 2008

Mencari jalan pulang

Malam tadi aku mimpi. Aku sesat dalam bandar. Tak jumpa jalan pulang. Hari pertama, hari kedua aku sesat di tempat yang sama. Pada hari ketiga puas aku mencari dan bertanya, tak siapa dapat membantu. Tapi aku tak putus asa. Aku terus memandu dan mencari semula jalan pangkal bagi membolehkan aku pulang. Dan akhirnya aku jumpa jalan pangkal itu. Dan dari situ aku sudah tahu ke mana hendak dituju.
Aku tertanya-tanya, kenapa aku boleh sesat di sini?. Apakah aku ini sudah sesat jauh dan tidak boleh pulang? Ya, aku mesti mencari jalan pulang. Aku mesti berusaha menemui pangkal jalan yang akan memacu aku pulang ke rumah. Kerana di rumah itulah duniaku. Dunia yang aku cuba terokai ini hanya mimpi dan bukan milikku. Ianya tidaklah seindah yang aku harapkan.
Kita selalu begitu. Kita melihat dunia lain itu indah. Kita ingin berada di situ. Kita ingin memiliki dunia itu, kalau boleh. Tanpa kita sedar dunia kita adalah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita sedar dunia kita itu adalah ujian yang mampu kita tempuh. Dunia lain tidak semestinya lebih baik.
Aku barangkali berpeluang meneroka dunia lain pada masa-masa yang tak pernah aku jangka. Ia adalah ujian. Tuhan menguji, dan barangkali mahu mengajar. Supaya aku belajar. Supaya aku dapat membezakan. Akhirnya aku sedar aku hanya mahu berada di duniaku sendiri. Aku mahu pulang ke rumah, kerana di situlah tempatku.
p/s : Kadangkala kita harus memberi peluang pada orang lain berkata-kata atau menegur kita. Kerana pandangan kita terhadap diri sendiri tidak semestinya betul. Tanya diri sendiri sejauhmana kita terbuka untuk menerima pandangan dan nasihat orang? Terutama dari orang yang paling rapat dan sayangkan kita? Kerana pastinya pandangan dan nasihatnya itu paling telus dan jujur, bukan untuk menjatuhkan. Oleh itu, carilah ruang agar kita boleh berkomunikasi supaya kita akan saling sentiasa ingat-mengingati, supaya kita boleh berfikir. Bukan bermakna kita tidak boleh berfikir. Tetapi dengan mendengar pandangan orang lain ia akan memberikan kita perspektif berbeza luar dari lingkungan pemikiran sendiri. Tidak salahkan?

Monday, July 21, 2008

Menghargai kehidupan

Teruja!


Khusyuk!

Kalau kanak2 boleh menghargai kehidupan ini, kita patutnya lebih lagi. Kan? Aku harap aku akan sentiasa menghargai kehidupan dan sentiasa belajar menerima kehidupan yang aku miliki ini seadanya.

Friday, July 18, 2008

Birthday

Kad birthday untuk kanda aku tulih camni.
Dear abang
Happy Birthday
I love U
Jangan marah-marah
Jangan suka majuk.
Sayang dari - Maiza
Aku buat derk jer malam tadi. Lagi pon aku letihla sebab semalam balik dari opis pon dah jam 7 malam. Sampai umah dah dekat pukul 8. Tapi aku telah pastikan yang aku tak lupa tarikh penting ini bila menjelang 12 tengah malam. Sebab dulu penah sekali aku lupa. Merajuk sakan dia...hehe...apalah aku nikan? Birthday kanda pon boleh lupa. Bukan apa dulu2 masa aku kecik sampai la remaja, tarikh lahir tak penting pun bagi aku. Kami adik beradik tak pernah celebrate birthday dan tak de sesapa wish pon. Apatah lagi dapat hadiah. Tak caya tanya adik aku. Tipikal kampong betulkan. Orang kampong miskin le katakan.
So malam tadi lepas jam 12 tengah malam aku pon bagi la kad, hadiah dan wish kat dia. Dan hadiah yang aku bagi tentulah apa yang dia dah sebut-sebut sejak minggu lepas. Bukan main suka siap peluk2 lagi dua pasang kemeja baru dia. Pastu pagi tadi sebelum aku pegi kerja baru aku bagi hadiah yang aku nak bagi. Iaitu perfume jenama Issey Miyake. Memandangkan kanda hari ni nak attend postcab meeting aku pesan sembur lebih sikit minyak wangi baru tu...hihi...
Esok adik aku, al kapten Romy dan wife dia, Nana serta my niece Puteri Rania nak datang dari Kuantan. Memandangkan esok aku kena attent meeting protem commitee coop MCOBA (Malay College Old Boy Association) so kena la assign kanda tunggu umah. Petangnya kami cadang nak pi aquaria KLCC (aku dok KL pon tak penah pegi). Kanda pon nak ikut. Aku cadang nak bawak dua org cucu Raja Nurkamelia dan Raja Kilfi Harris. Depa musti suka kan?
p/s : Hidup ini ada banyak warna. Ada warna yang kita suka dan yang kita tidak suka. Kalau diberi warna yang kita tak suka haruskah kita pasrah.......atau berusaha membina bahagia? memandangkan blog aku pon namanya akudanharapan jadi tak wajarlah aku jadi orang yang pasrahkan?

Thursday, July 17, 2008

Tinggi suara

Tak suka marah-marah atau tinggi suara kat opis. Itu bukan stail aku (sekarang ye). Tapi pagi ni keluar jugaklah perkataan "apa ke bodoh sangat dia ni, bla bla bla" bila mana sorang staf masuk kat bilik aku mengadu dia kena marah pagi2 buta sampai menangis (kebetulan dia ni berjiwa halus). Nasib bukan aku yang kena sound, kalau tak mai sini, biaq kak long nak jawab! Dulu2 kan masa mula2 kerja (10 thn dululah) kalau kena marah dgn boss aku pon penah gak kuar ayer mata hihihi....Tapi yelah sebab dah banyak bende lain yang buat kaklong kuar ayer mata jadinya hal2 kerja ni tak dak hallah! Nak marah, nak maki...jangan sentuh tubuh badan aku jadila. Insyaallah aku sangat kuat berhadapan dengan segala macam kerenah manusia.
Hm...tak de mende nak taruk dlm entry kali ni. Aku pun banyak kerja nak buat. Tapi aku rasa legalah...malaslah nak tensen2 pasal kerja ni. Kalau boss aku nak tensen dia tensenlah sorang2. Tensen ke tak ke, kerja kena siap jugak kan?

Tuesday, July 15, 2008

Credit from my boss


So, semalam masa aku tengah sibuk kumpul barang nak masukkan dalam kereta (segala souvenir, folder, LCD, laptop dan segala reta untuk seminar - opis car tak de, kereta aku jadi mangsa) immediate boss aku cakap u should get a credit for what u've done. Yela, nak soh aku buat semua keje, cakaplah camtu. Taktik tuh....


Hari ini semua berjalan lancar. Jam 5.00 ptg semalam masih ada perubahan saat2 akhir bila p.a. ceo bagi tau ceo hanya boleh sampai jam 10.15 pg sebab dia ada interview kat rtm yg hanya akan selesai jam 9.30 pagi. Aku kena nego dgn 1st presenter untuk datang awal dan present paper dia jam 9.30 pagi. Kena adjust balik aturcara, tarik waktu tea break yang sepatutnya jam 10.30 pagi kepada jam 9.00 pg dan inform caterer. Dalam pada tu, si amoi tu tak henti2 laung nama aku, kejap nak itu kejap ini. Orang kat opis pon dah kesian kat aku. Aku lagila kesian kat diri aku sendiri.


Jam 7.00 pagi tadi aku dapat sms dari 1st presenter dia mc, masuk ward. Arggghhhh...
Dia bagi no telefon pengganti dia (bidan terjun) soh aku bincang. Otw sambil2 drive aku try sms....sambil doa2. Finally bila aku dah sampai, dapatlah missed call. Aku cepat2 call balik. Bayangkan dia kata dia tak ready and (bukan salah dia pun) setahu dia, sesi dia jam 11.00 pagi. Memang pon!


Aku pujuk2 cakap sesi dia bertukar dengan acara perasmian sebab ceo kami tak dapat dtg jam 9.00 pagi. Aku mintak tolong sangat2. Dia kata dia tak de paper tu dan power point presentation pon dia tak de. Nasib baik aku dah collect bende alah tu last week pasal nak buat handout to all participants, tapi ada kat opis la pulak. So aku kata mai bawak badan sajalah. Semua dah ada kat sini. Dia kata dia akan cuba sbb dia pun tak sampai opis lagi. Doa banyak2....muka boss aku dah kelat. Aku soh driver balik opis amik CD kat meja aku. Nasib baik ada org kat opis tolong cari CD tu dan buka dulu file to assure tak salah amik. Bayangkan dengan jalan jem driver opis aku patah balik dari cheras ke tengah kl dan patah balik plak ke cheras, aku bagi masa 45 minit jer kat dia. Aku yang menunggu menitik dah peluh.


CD sampai tepat jam 9.30 pagi, penceramah pun sampai 5 minute before. Aku managed to start the seminar jam 9.30 pagi. Sumer peserta dah bagi minum dulu. Ceo sampai jam 10.15 pg, perasmian berjalan lancar. Rasanya sumer orang happy. Sehingga ke petang 6 paper selesai dibentang + ucap utama ceo dan I've done my 1st seminar dengan jayanya. Alhamdulillah. Aku dapat team yang very supportive. Terima kasih semua.


Penat hari ni tapi puas hati. Sebab dalam keadaan last minute banyak perubahan berlaku dan walaupun aku cam nak patah kaki dah jadi runner seharian siang tadi, tapi aku dah buktikan pada si amoi tu. 7 tahun dalam industry event management, dia ingat aku tak reti apa2? Lepas ni kalau aku nak tolak pun (ini bukan tugas hakiki aku) aku akan kata bagila org lain belajar...aku tolong2lah apa yg aku tahu...hehehe boleh?


TQ kanda for ur full support, dan juga kerana mengerah staf2 supaya do their level best during my event. (Sebab seminar tu buat kat tempat laki aku
) hehe. Credit for me!

Monday, July 14, 2008

KU TUTUP MATAKU
DARI SEMUA PANDANGANKU
BILA MELIHAT MATAMU
KU YAKIN ADA CINTA
KETULUSAN HATI MENGALIR LEMBUT

PENGUASA ALAM
TOLONGLAH PEGANGI AKU
BIAR KU TAK JATUH
PADA SUMUR DOSA
YANG TERKUTUK DAN MENYESATKAN CINTAKU

ANDAIKAN KU BISA LEBIH ADIL
PADA CINTA KAU DAN DIA
AKU BUKAN NABI YANG BISA SEMPURNA
KU TAK LUPUT DARI DOSA

BIARLAH KU HIDUP SEPERTI INI
TAKDIR CINTA HARUS BEGINI
ADA KAU DAN DIA BUKAN KU YANG MAU
OH TUHAN TUNTUNLAH HATIKU


Lagu ini disampaikan bagi menyatakan rasa hati seorang lelaki dalam AYAT AYAT CINTA. Aku suka senikatanya. Tapi ya, itu ayat seorang lelaki bila menghadapi lebih dari satu cinta.
Soalnya takdirkah ini?

Apapun aku layan lagu ni…..

Saturday, July 12, 2008

Hati yang ceria, gundah semula

sejak sehari dua ni hati aku sedikit ceria. kenapa hati aku ceria? jawapannya aku saja yang tahu. terima kasih kepada insan yang memberikan aku sedikit kegembiraan itu. dan maaf kalau aku tak berupaya membalas apa yang diberi dengan sewajarnya. sorry for my "poornest".
tapi pagi ini hati aku sedih, terusik dan seperti nak menangis mendengar cerita insan seorang ini. apa yang aku boleh buat untuk membantu dia. aku tahu kebanyakan pembaca blog ni adalah pembaca blog kaktiny. so korang boleh bergelak ketawa di sana dan hayatilah cerita aku ini.
insan ini, usianya masih muda, lebih muda daripada aku. sudah ada 4 anak. yang sulung pun sudah darjah 1 dan yang bongsu berusia 3 bulan. melihat wajahnya aku tahu dia sengsara. tubuhnya susut. wajah pucat lesu. dan dia seperti sudah hilang semangat. tapi aku tahu dia kuat. empat permata hati itulah kekuatannya. dan hari ini dia menyatakan bahawa dia sudah mula menelan pil penenang, pemberian doktor peribadinya. tahap yang sedang dilaluinya ini kritikal dan dia perlu bantuan. aku tahu rasa itu!
dan aku? rasa bersalah kerana tidak dapat membantu. sungguh. aku hanya boleh memberi kata semangat. kerana aku adalah orang luar yang tidak ada kuasa apa2 apatah lagi untuk masuk campur. sudah lebih 6 bulan, barangkali hampir setahun dia makan hati kerana perbuatan si suami. main kayu tiga. aku yang mendengar terkedu. beginikah sikap dan layanan lelaki yang bermain kayu tiga terhadap isterinya? memandang sudah tak ada selera, berbicara apatah lagi. sekadar bicara sepatah2 urusan yang penting sahaja. rumah jadi tempat asing. lebih suka pergi bekerja dan balik lewat malam. dan bukti2 jelas menunjukkan yang ada sesuatu sedang berlaku. tapi dia tak tahu ke mana nak mengadu dan sampai bila harus menjeruk rasa begitu. sampai bila? sampai tubuh binasa kerana sengsara?
aku? mungkin pernah terlibat dengan masalah begitu? tapi tolonglah. aku ni sudah jadi orang yang buta perasaan. jadi, tidak boleh samakan aku dengan dia. kekuatan aku tak boleh di samakan dengan dia. dan apa yang aku lalui dalam hidup aku, tak siapa boleh pertikaikannya kerana selain takdir apa lagi ya? pilihan sendiri barangkali. lantas aku nasihatkan dia supaya mencari bahagia sendiri. sebagai wanita tak ada apa yang boleh kita lakukan. kalau mahu hubungan ini diteruskan maka carilah bahagia sendiri. jangan mengharap orang memberi kita bahagia. bahagia itu ada di mana2 pokok pangkalnya hati kita. ya, sukar membina hati bahagia. tapi aku sudah mencuba, dan aku berjaya. aku pinjamkan dia buku "membina hati bahagia" karya Dr. HM Tuah Iskandar. buku mungkin tak dapat membantu tetapi boleh menunjukkan sedikit jalan. atau ikut sajalah aku dan tiny pergi menyelam, released tension! dan membentuk semula tubuh badan?
kepada lelaki2 di luar sana. kalau kalian nak bermain kayu tiga atau empat atau lima. kalian fikirkanlah. akhirnya aku terpaksa berkata begini, layanlah isteri kalian dengan baik, jangan ada kurang atau cacat cela tak kira samada kalian hanya menyayangi dia seorang atau ada insan lain di hati kalian! kadangkala berpura itu lebih baik supaya tak ada hati yang terluka dan tubuh yang sengsara. tetapi kiranya kalian kuat, cubalah untuk setia. godaan memang ada di mana2. aku sendiri angkat tangan bercakap hal itu.
kepada wanita2 yang pernah menerima nasib begini. carilah bahagia. kalau memburu setia hanya akan buat kalian sengsara, maka ABAIKAN ia. jangan peduli lagi. biar lah kita dikatakan buta hati yang penting kita bahagia. tuhan pasti lebih tahu dan tak siapa berhak menghakimi kita selain Dia. tak ada orang yang boleh memperkotak katikkan perasaan kita kerana kita terlalu KUAT untuk menangisi ketidaksetiaan seorang lelaki!
BAHAGIA MILIK AKU DAN MILIK KITA SEMUA. CARILAH BAHAGIA, IA TETAP ADA UNTUK KITA.

Thursday, July 10, 2008

SEPI dari kacamata aku.

Pagi tadi semasa berbaris menunggu giliran masuk ke parking, aku nampak seorang wanita berumur, dengan gaya berpakaian dan air muka, yang aku tahu (teka mungkin betul) adalah seorang wanita yang SEPI. Aku tiba2 tertanya pada diriku, pada masa aku seusia dia nanti, adakah aku akan jadi seperti dia. Oh aku tak mahu.


SEPI kisah melodrama tentang kehidupan. Aku tidak mahu bercerita tentang watak atau jalan cerita. Aku ingin menyatakan apa yang aku dapat dari SEPI.


Kisah satu, bahawa kalau ingin bahagia, kita mesti berani membuat keputusan. Setiap pertemuan yang telah ditakdirkan adalah sebabnya. Tapi mestikah kita memilih untuk berpisah. Tanya hati sendiri? Jodoh itu di tangan tuhan tapi kitalah yang memutuskan untuk bersama siapa. Sebab tu ada istilah kalau dah jodoh takkan ke mana?


Kisah dua, bahawa cinta adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia adalah rasa anugerah tuhan yang datang tanpa kita pinta, tapi pasti ada sebabnya. Samada sebab yang dicari atau secara kebetulan. Menyimpan cinta terhadap seseorang adalah satu dosa, terutama bagi yang sudah berkahwin. Tapi bagaimana ingin menghalau cinta itu pergi? Susah nak jawabkan? Wajarkah kamu meletakan dia di hati kamu, sedangkan kamu bersama orang lain? Bukankah itu siksaan yang diundang? Susah nak jawabkan? Warna-warna kehidupan setiap orang tak sama, dan kalau bukan jodoh sampai ke mati pun takkan dapat bersama meskipun kita sangat menyinta!


Kisah tiga, bahawa kita mesti let go kenangan lalu supaya kita dapat bersama dengan insan yang lebih memerlukan kita dan mahukan kita. Ia memang sukar. Siapa yang pernah melaluinya pasti tahu sakit itu. Sakit sangat. Sekali lagi, berilah peluang pada diri sendiri untuk bahagia.


Kisah 1, 2 dan 3 juga adalah kisah aku dan kalian. Aku rasa SEPI adalah kita semua

Wednesday, July 9, 2008

menyelami dasaran

aku pejam mata, kosongkan fikiran dan menyelam ke dasarnya. tahan nafas. alamak tak bleh la...nafas pendek. semput kejap.


ulang lagi...dan lagi sampai penat. ok dah lega......


malam tadi aku memulakan operasi mengemas meja study aku yang dah tak nampak rupa meja sebulan dua nih....dengan azam baru weh...semester ini mesti berjaya. menuju puncak!


pagi ni aku datang dengan hati yang tenang. lagi pon amoi tu tak dek. maka ramai la yang mengerumun dan bertanya. wat happen yesterday? apasal pagi2 buta dia jerit2 nama u? u pegi mana dengan dia semalam? apa dia buat menonggek dalam bilik u? bla...bla..bla...


woit, rupanya adegan2 semalam menjadi perhatian ramai. fofular akak....hahaha. so apa aku patut jawab ek? adakah aku patut jawab,


a) dia suka aku sebab tu aku jer yang asyik kena laung!
b) aku senang dipergunakan, lurus bendul...
c) aku perempuan...dia pon perempuan
d) aku memang bagus! hahahaa...
e) aku tak bagus tapi aku pandai kipas (tolonglah.....)


So kesimpulannya semalam seharian aku pi opis tak buat keje aku tapi buat apa2 tah. tepat jam lima blah! kerja melonggok nih...aku akan setel last minute, coz I know my output will be more AA+ bila buat last minute nih. ya ka? Jom menyelam lagik!







Monday, July 7, 2008

emosional sikit....ops banyak!

stereng aku paling faham aku, paling kenal aku. kesian dia. sebab selalu kena layan aku. time aku marah, tensen, sedih pilu atau gembira, dia sajalah yang selalu jadi mangsa. tempat melepaskan perasaan.
pagi tadi ntah sebab apa, aku emosional sikit. apa plak sikit, banyaklah. tetiba aku teringat makcik sorang tu, aku jadi naik hangin. bagai hari2 yang lalu, aku kalau tak boleh pendam lagi aku akan luahkan kat dia macam aku betul2 tengah maki hamun dia, kat stereng akula. pastu aku sedih. apasal aku jadi pendendam macam ni. aku ni susah nak bermusuh apatah lagi nak cari pasal ngan orang, kecuali orang tu betul2 dah melukakan hati aku, sekali pun hanya dengan kata-kata. ya, hanya kata2nya sahaja telah mengguris hatiku, lebih2 lagi ia turut melukakan hati mak dan ayah. kata mak sudah2la, mak pon dah lama maaf kan dia. itu mak, bukan aku. aku ni hati batu. nak soh aku buang hati batu aku ni? then aku nak hidup camana? dengan HATI BATU aku inilah aku mampu berada di tahap ini, merangkak tau nak sampai ke sini. dan kerana HATI BATU aku inilah aku masih hidup kot. kalau tak dah lama kelar diri. nauzubillah.
emosional pagi2 buta sapa suruh. sampai kat opis aku dah migrain. amik kau. tetiba jer sms masuk
Hye datim, hw r u? lame xjmpa ni? ble nak mai wat sabai masage? dh lame sgt datin x masage, pdicure spa.
sapa plak pagi buta berdatin datin nih? aku sms balik
xde cuti. I x sempat. nanti2lah ok.
dia jwb balik
Im so sori maiza. i hope u dnt mind i cal u datin? joke pagi2 wat org te'snyum dpt gak pahala...:)
yolah nyah....ko macam tau2 aku tensen pagi2 buta nih. ni kalau mengenang mirgain dijemput ni, harus aku cabut pi manja2kan diri aku. dah 30 hari aku keje non stop (kecuali sabtu minggu lepas - ada kelas sehari suntuk). kadang tu kalau nak layan tensen tak bersebab aku nih...aku layan shopping. Minggu ni dah dua kali aku shopping. (time lunch la). Weh...dah abis gaji akak bulan ni. ada berapa puluh ringgit je lagi dalam saving account aku. nampak gaya kena pi goda2 dato' sikit nih. hahaha. tolonglah. aku bukan macam tu ok. bulan ni aku saja jer berboros sikit. bukan apa termakan hasutan kaktiny, kau kalau dah beli jangan nyesal2, jangan sebut2. ok. apala aku ni dengan diri sendiri pon nak berkira. yang aku keje cam nak mampos ni duit tu nak buat sumbat lubang kubur ke apa? dah2. apa kau nak, beli ajelah. sementara mampu. esok2 lain cerita. kan senang gitu?
bukan apa kadang teringat dolu2 susah kau.....teringat plak perbualan dengan adik aku masa dia teman aku kat klinik keusahawanan. Apala depa ni bagi kami makan nasi bungkus macam nak bagi kucing makan. ish2....memang pon! ada nasik merah ke nasik goreng ker aku tak taula. sikit (dah sejuk) dengan seketul ayam. tak dak kuah, tak dak sayur apa pon. kami tak makan. tak lalu nengok. tetiba terkeluar dialog ni kat adik aku. dolu2 kita kalau lauk macam ni berebut. ingat tak? haah la....adik aku pon cepat2 astaga2. insaf2. betul. lauk ayam ni kalau dolu2 kami adik beradik berebut. ianya kira menu spesel. makan ayam masa raya atau pi kenduri ajer. lain2 hari kalau tak dapat tahanan pukat atau jaring, ikan masin je kau..... tu yang telebih ceredik(kata kanda la).
Aku pon tak tau rasa entry ni dengan tajuk dah lari ntah apa2 tah. tapi rasa lega la dapat blogging nih. betul...tak caya tanya diri korang sendiri. kan? kan?
kesimpulan dari cerita awal aku nih. aku nak sangat buang rasa benci, rasa marah aku dan juga memaafkan. apa2 yang penah dikatakan tentang aku, tak kira la orang kampung yang kolot ka...orang kampung yang tak dak budi bahasa ka....orang kampung miskin tak sekolah ka...what ever. aku sekarang dah melangkah banyak tapak ke hadapan. mungkin aku patut berterima kasih juga padanya sebab dengan terlibatnya dia dalam merencana hidup aku, maka aku jadi seperti hari ini. Hanya tuhan saja yang tahu.
kisah lalu aku, tak nak aku sebut lagi sampai bila2. menyimpan marah padanya sama seperti mengali kubur balik, tak berapa ingat.....tak ada memori indah untuk dikenang melainkan parut2 yang tinggal, berbekas tapi cukup untuk aku menjadikan aku kuat tak kira apa pon yang melanda di masa hadapan. Hidup ni macam roda. macam ekonomi, macam politik dan macam....apa2lah.
Terima kaseh kerana membaca catatan aku yang emosional banyak nih...Tengkiu. ily readers!(ada reader ker?)

Sunday, July 6, 2008

bertuahkan?

sudah jam 1.00 pagi. hei apa dibuat bini orang tengah malam buta. hehe blogginglah. sudah minta izin dengan kanda ok.
aku baru sampai rumah jam 12.15 tgh malam. hari ini jadual penuh. pagi ke agm klien. petang menjadi doktor di klinik keusahawanan. tak ramai patient. boring. dan malam ke rumah anak sedara (sebelah kanda - arwah kakak) di seremban. menyibuk dengan persiapan majlis kawen hari esoknya. adik ipar kanda ini, menerima menantu pertama.
dah lama juga aku tak berkumpul dengan sedara2 sebelah sana. yang kalau ikut tak ada hubungan dengan aku pon. bukan anak sedara sebelah laki aku, tapi sebelah arwah. ini kira wedding sepupu anak tiri akulah.
so, bila sesekali berkumpul, ada terasa insaf sikit. bertuahnya aku. bukan sahaja anak2 tiri menerima aku, adik beradik kanda menerima aku, tapi adik beradik sebelah arwah pon menerima aku. cuma sesekali adalah kanda bersuara, they accept and respect me coz i'm somebody. kalau tak ntah sebelah mata pon tak pandang kot. maklumlah sedara2 sebelah arwah ni kira hebat2 juga latar belakangnya. so aku tak rasa sebab itu depa layan aku dengan baik. aku percaya pada aura. kalau niat hati kita memang baik, dan kita bertemu dengan orang yang niatnya baik juga, pasti akan terbit aura (not trying to say that i'm good ok?) tapi korang fikirlah betul ke tak cakap aku ni.
anak2 sedara kanda ni, sangat rapat dengan kanda dan arwah dulu. sebab tu depa sumer panggil kanda sebagai ayah, bukan pak ngah (sebab arwah yg tengah). jadi bila aku jadi ahli keluarga ni, maka depa pon mengikut anak2 aku panggil aku umi. dan segala ipar duai sebelah arwah pon turut memanggil aku begitu. yela, nak panggil nama, cam tak respect. nak panggil kakak, aku dekat baya anak depa. nak panggil apa lagi. last2 semua panggil aku umi.
aku kadang terfikir. berapa ramai yang senasib aku, menerima layanan baik macam aku? walau kadang2 ada dugaan melanda/ krisis tapi akhirnya aku tetap melihat banyak yang baik berlaku dalam hidup aku, sama banyaknya jugak dengan bende yang tak baik. kalau kita nak bahagia, elokla kita fikirkan yang baik2 sahaja. dan yang tak baik tu...anggaplah ia sebagai warna2 kehidupan....supaya kita jadi lebih tabah dan matang.
eh apa aku merepek subuh buta ni? bukan apa. dulu ada satu blog tu aku sgt suka baca. tapi tiba2 dah di delete. bisutulibuta. blogspot. ceritanya sangat memberi inspirasi pada aku. sebab penuh dengan warna2 yang pada akulah bukan semua orang berpeluang melaluinya. macam hidup aku juga barangkali. dan beliau ini, aku percaya sedang meniti kejayaan dan bangkit semula dari kejatuhan silamnya, yang sangat2 menguji. i adore him, sebab kisah hidupnya. dan aku rasa apa yang aku lalui mungkin tak seteruk dia. mungkin?
oklah, esok pagi nak seremban lagi, majlis kawen. dan petang aku kena duty kat klinik keusahawanan lagik. mungkin bawak laptop kali ni. boleh gak online sambil tunggu patientkan? good morning!

Friday, July 4, 2008

Thursday, July 3, 2008

That's how I learned

Setiap kali dia "membambu" kami, dia asyik pandang muka aku. Dulu aku tertanya-tanya jugak kenapa? Adakah sebab aku orang baru. Bila aku lebih alert, rupanya kat sekeliling semua menunduk kepala. Aku jer yang satu2nya dok mengadap dan menentang mata dia, dengan muka selamba sikit2 senyum dan angguk2. Dan kalau benda tu aku memang tak tahu lagilah aku beriya mendengar dan menganguk. Aku takkan menjawab. Tambah2 kalau dia tanya bertubi2, lepas tu dia sendiri jawab. Dah tau dah.....................


Itulah cara aku belajar. Cara aku, ok! Tupun ada yang geram. Awat tak jawab. Lain kali dia tanya, jawab! Jangan biar dia bambu bertubi-tubi. Jawab macam ni..bla bla bla. Nop. Itu bukan style aku. Style aku masa cik gu ngajar, kena dengar. Walaupun dia marah tapi marah mengajar, bukan marah benci (ceh...aku ni cakap macam bagus!). Tak berkocak sikit pon jiwa aku. Dan aku pastikan lepas tu aku akan buat dengan betul macam yang dia nak...do right at first and forever (bila dah dibagitaulah). Tak dak sebab untuk tersilap atau saja-saja buat silap. So kena bambu pon tak pelah coz ini 1st time aku handle such cases. Ok la...alah apa sangatlah kena bambu berbanding kena baling fail. Kau penah kene camtu? My 1st boss, dia kalau tak puas hati dengan hasil keje kita dia akan conteng2 dan baling fail, gedebuk jatuh ke lantai. Nasib tak kena muka aku. Fail tu melayang macam piring terbang. Penah kau? Aku? Dengan selambernya mengutip fail itu. Bukan sekali tau. So, apa sangat dengan marah kerana niat nak mengajar. Aku tau dia ni very passionate nak mengajar sampai lupa suara dia tu...sepelaung boleh dengar. Tapi kalau kau nak cepat pandai dan jadi bagus, itulah cabaran yang kau kena hadapi. Dont be too emotional. Ok sayang???


Tiny: Selamat balik kampung. Nampaknya sepanjang bulan ni aku terpaksa kerja termasuk Sabtu dan Ahad, musim keje bagai nak giler ni belum berakhir rupanya. Mungkin Ogos lega sikit. Mungkin?

Wednesday, July 2, 2008

Selamat berjuang!

Aku sebagai taruhan? Apa ke benda nih???? Sudah sudahlah....penat aku tau...dah la arini keje melonggok tak terkejar dua tangan dan kaki aku nih....oh boss, u r soooo demanding.
Aku dah letih dengan ayat-ayat begini. Aku dah tak minat lagi ok. Melihat barisan putra putri yang comel-comel belaka aku kira itulah taruhan sebenarnya untuk perjuangan bagi mencapai kejayaan dan terus memperbaiki kehidupan. Bukannya aku. Tak wajar itu. Dan lagi, kisah kami sudah lama berakhir....sudah terlalu lama sejak Kota Batu ini aku jejaki. Dan tiba-tiba selepas 10 tahun berlalu, setelah susah payah aku cuba menguburkan kenangan itu, ia muncul semua. Bagai hantu bangun dari kubur. Terus menghantui aku. Seksa seketika. Dan syukurlah...cepat2 aku terjaga. Bukan apa takut kalau mati dalam tido kena cekek hantu!
Dan untuk insan itu, tahniah kerana sudah mampu sampai ke tahap ini. Kita masing-masing ada kelebihan dan kekurangan (saya lagi banyak kekurangan -tak terhitung). Tidak hebat mana kalau namanya manusia. Tak usahlah mempertaruhkan apa-apa atas nama saya. Full stop. Selamat berjuang atas nama CINTA! Sungguh pun hati itu hak kita untuk diberikan pada sesiapa, tetapi sangat tidak adil untuk dia dan putra putri yang seramai 5 orang itu kalau kamu terusan begitu. Wake up dear! Tima kasihlah kerana letak sebahagian nama saya kat si bongsu.
Ok2 cukup....malam ini aku nak bersukaria dengan kanda dan adik aku na, sya na na na na

Tuesday, July 1, 2008

She is soooo demanding but...

I think she likes me. Muahaha....

About my boss: Kecik, comei, tegas, banyak cakap, nak cepat ajer, expert in her specialty, tak kedekut ilmu, so passionate....and high expectations. This amoi ha....really make me penin2 lalat but I'm fully trained by her.....sampai naik tepu otak akak kekadang...tak mampu absorb banyak sangat at one time.


Apa pun, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada wanita-wanita yang pernah menjadi boss aku...dan menjadikan aku "sehebat" hari ini.


1. Pn Nurul - Director TCC (1996 )
2. Ms Wong - HRD Manager CCM (1997)
3. Pn Amirah - Accountant - PKKM (1998 - 1999)
4. Ms Janice - Finance Manager BVC (2000)
5. Ms Anita - Dean Asst. INTIMAL (2000)
6. Pn. Zaharah - Director KBS (2001)
7. Bonda - Director JBSWP (2003)
8. Pn. Hatipah - Director JBSWP (2007)
9. Mdm Tan - current
(in between tu ada gak sorang dua boss lelaki)


Kau kire, berapa ramai boss pompuan yang telah melunyai dan menghantam taram aku? yang penah memuji, memaki, mengajar, memerintah (pastinya), menasihat......orang yang penah buat aku ketawa, menangis, tensen bagai nak giler dan juga menjadikan aku orang yang "super-duper" hebat seperti hari ini. Aku adalah anak didik mereka dan aku adalah individu yang telah diuli dan dibentuk dengan gabungan karakter2 mereka. Kau bayangkan "bila" aku jadi boss. Muahaha.....